Mengatasi ke letihan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh
Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)


Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang
lain agar dapat dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam
menyampaikan dakwah ini kerana Allah.


Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya.
Tanamlah benih yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat
memperolehi hasil yang baik juga di akhirat sana.

Apa ni...

SHIT!!!!!!!!!!!! I miss him... :'( I miss him so much that it hurts

Something is missing

I would lay on the floor, unable to move, feeling my heart break. I would cry hysterically, it hurt so bad.

Falling over

This is just soooo cute!!!

Marriage

Marriage is such a scary thing for me. There are so much to give in committing into this. I loved a person before… I thought he was the one, he was a sweet charming, caring and loving man. I dreamt of marrying him, having kids, living a happy life as a complete family. But one day, he texted me a simple phrase that changes me. It says ‘maybe we should just be friends’. I became so vulnerable, weak and ‘dead’. It hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It’s a soul-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain. Few men did try to give me attentions but I chose to ignore them. In my head, their only intention is to break another girl’s heart. Then I began to build up all these defenses around me, like a whole suit of armor, so that nobody can hurt me again. Its pathetic. I know. I don’t see myself going into another relationship. Its just too scary. Some friends said I changed a lot… I used to like talking about men, but now I just don’t look up at them anymore. I can still cheer myself up fantasizing dating Wentworth Miller though…LOL!!! I am bitter. What if one day I married a guy… then suddenly next morning he wake up and say ‘I think we should get a divorce, what do you think? Shall I file a divorce today?’ This thought is haunting me..

I’ve been thinking a lot lately about taking chances. And how it’s really just about overcoming your fears. Because the truth is, every time you take a big risk in your life, no matter how it ends up, you’re always glad you took it.

How true

Blogger Templates by Blog Forum